SKIM TUISYEN MENDAKI (MTS) & PROGRAM TUISYEN GABUNGAN BADAN-BADAN BANTU DIRI (CTP)

Pendaftaran Pelajar Untuk Tahun 2011

Sabtu 13 November 2010 hingga Sabtu 20 November 2010

u Butir Pendaftaran

·          Fasa 1

Tarikh     :           Sabtu, 13 November 2010

Masa      :           9.00 pg - 12.00 tgh

Tempat   :           Sila rujuk pada senarai Pusat Tuisyen MTS/CTP 2011                   

·             Fasa 2

Tarikh     :           Isnin - Jumaat, 15 - 19 November 2010

Masa       :           9.00 pg - 5.00 ptg

          Tempat    :          Wisma MENDAKI, 51 Kee Sun Ave, off Tay Lian Teck Rd Singapura (457056)

ARAHAN

 Sila baca arahan di bawah sebelum mengisikan borang pendaftaran anak anda

 SKIM TUISYEN MENDAKI (MTS)

u Kriteria

           ·          Dibuka untuk semua pelajar Islam rakyatSingapura atau Penduduk Tetap Singapura

          ·          Memperolehi 75 markah ke bawah bagi salah satu mata pelajaran tuisyen (Bahasa Inggeris, Matematik atau Sains) di peperiksaan akhir tahun 2010 (SA2)

u Peringkat

·          Darjah 1 hingga 6

         ·          Menengah 1 hingga 5

u Mata Pelajaran

         ·          Bahasa Inggeris (Semua peringkat)        

         ·          Matematik (Semua peringkat)

        ·          Darjah 6

            -          Pakej 1 : Matematik & Bahasa Inggeris

            -          Pakej 2 : Matematik & Sains

         -     Pakej 3 : Matematik Intensif

        ·          Menengah 4E, 4NA & 5NA

           -          Pakej 1 : Matematik & Bahasa Inggeris

           -          Pakej 2 : Matematik & Sains Gabungan (Fizik & Kimia)

u Yuran Tuisyen (untuk setahun)

        ·          Darjah 1 hingga  4         :    $120.00

        ·          Darjah 5 & 6                :    $140.00

        ·          Menengah 1 & 2            :    $170.00

        ·          Menengah 3 hingga 5    :    $195.00

    (Termasuk yuran pendaftaran $10 yang tidak akan dikembalikan)

PROGRAM TUISYEN GABUNGAN BADAN-BADAN BANTU DIRI (CTP)

u Kriteria

         ·             Dibuka untuk semua pelajar rakyat Singapura atau Penduduk Tetap Singapura

         ·             Memperolehi di antara 35 dan 65 markah bagi setiap mata pelajaran tuisyen (Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains) di peperiksaan akhir tahun 2010 (SA2)

        ·             Pendapatan keluarga tidak melebihi $2,500 sebulan

u Peringkat 

        ·          Darjah 1 hingga 6

u Mata Pelajaran 

        ·          Bahasa Inggeris (Semua peringkat)

        ·          Matematik (Semua peringkat)

        ·          Sains (Darjah 4, Darjah 5 & 6 Standard)

u Tarikh Permulaan Kelas

    15 Januari 2011

u Yuran Tuisyen        

        ·          Darjah 1 hingga 3  : $8.00 setiap mata pelajaran sebulan

        ·          Darjah 4 hingga 6  : $12.00 setiap mata pelajaran sebulan

    Yuran Pendaftaran :  $10.00 (tidak akan dikembalikan)

u Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran

     (a)  MTS atau CTP sahaja:

           ·          Salinan keputusan peperiksaan tahun 2010 (SA1 & SA2) pelajar 

           ·          Salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pelajar 

           ·          Salinan kad pengenalan ibu/bapa atau waris

           ·          Salinan surat gaji ibu/bapa atau waris (bagi program CTP)

           ·          Yuran pendaftaran dan yuran tuisyen

    (b)  Yuran pengecualian & ETF:

          ·          Salinan sijil kelahiran atau kad pengenalan semua ahli keluarga yang tinggal serumah

          ·          Salinan surat gaji/ surat majikan/ kenyataan cukai pendapatan/ kenyataan CPF ibu/bapa/waris       dan semua ahli keluarga yang bekerja dan tinggal serumah atau surat pemberhentian kerja

          ·          Salinan sijil perkahwinan atau sijil perceraian/kematian (jika ada) 

          ·          Laporan kesihatan/ Kad lawatan penjara atau DRC (jika ada) 

u Kriteria kelayakan yuran pengecualian & ETF:

         ·          Pendapatan bersih keluarga tidak melebihi $1,800 sebulan atau pendapatan per kapita keluarga tidak melebihi $450 sebulan.

         ·          Pemohon harus terlebih dahulu mendapatkan bantuan dari skim-skim bantuan yang ada, sebelum membuat permohonan bagi Skim Bantuan Sekolah ETF. 

         ·          Ibu bapa dikehendaki mengikuti Program Bijak Belanja (PBB) yang dianjurkan oleh Yayasan MENDAKI dan menunjukkan sijil kehadiran bila mengambil baucer.

           

CARA CARA MEMBUAT PEMBAYARAN

CEK, MONEY / POSTAL ORDER

1.       Ibu bapa yang membayar dengan cara-cara di atas, harus memastikan jumlah merangkumi yuran pendaftaran $10.00 dan yuran tuisyen yang tertentu. ( Sila lihat - YURAN TUISYEN UNTUK SETAHUN )

2.       Pastikan cek, money/postak order dibuat atas nama ' Yayasan MENDAKI'.

3.       Tuliskan nama dan nombor sijil kelahiran / kad pengenalan pelajar di belakang cek, money order atau postal order.

NETS, KAD KREDIT, KAD TUNAI

Bayaran melalui kad (NETS, kredit atau tunai ) hanya boleh dibuat di Wisma MENDAKI. Ibu bapa boleh ke pejabat kami pada hari Isnin - Jumaat ( 8.30 pagi hingga 6.00 petang ) untuk membuat pembayaran.

GIRO

1

Pembayaran melalui GIRO tidak merangkumi yuran pendaftaran $10.00. Ibu bapa diingatkan untuk membayar yuran pendaftaran $10.00 dengan cara-cara lain seperti tunai, cek dan lain-lain.

2

Pembayaran melalui GIRO hanyalah untuk yuran tuisyen sahaja.

3

Hanya pemegang akaun POSBank / DBS yang boleh membayar yuran tuisyen melalui GIRO.

4

Hanya pemohon baharu sahaja perlu mengisikan Boran Arahan Tetap GIRO yang boleh didapati di pusat-pusat pendaftaran pada hari pendaftaran sahaja atau di Wisma MENDAKI

5

Untuk pemegang yang menggunakan cap jari, sila dapatkan pengesahan dari pihak bank. Bagi yang menggunakan tandatangan, ianya haruslah sama dengan tandatangan di buku akaun anda.

6

Keterangan dan Peraturan GIRO:

a.

Hanya akaun POSB Savings / Current sahaja boleh digunakan.

b.

Akaun Trust dan Save-As-You-Earn ( SAYE ) tidak boleh digunakan.

c.

Pemegang akaun mestilah berumur 18 tahun ke atas untuk mengesahkan potongan.

d.

Pemegang akaun mestilah pastikan jumlah yang mencukupi untuk potongan dibuat. Kami akan mengenakan bayaran $2.00 bagi setiap potongan yang gagal.

e.

Potongan yuran akan dilakukan mengikut jadual berikut:

 MTS (Tarikh tutup permohonon GIRO 12 Januari 2011)

Level/Tarikh

11 or 28 Feb

11 or 31 Mar

12 or 29 Apr

12 or 31 May

13 or 30 June 

Yuran setahun

P1-P4

$22

$22

$22

$22

$22

$110

P5-P6

$26

$26

$26

$26

$26

$130

S1-S2

$32

$32

$32

$32

$32

$160

S3-S5

$37

$37

$37

$37

$37

$185

CTP (Tarikh tutup permohonon GIRO 12 April 2011)

Level/Dates

11or 28 Feb

11 or 31 Mar

12 or 29 Apr

12 or 31 May

12 or 29Jul

12 or 31 Aug

12or 30 Sep 

P1-P3

$8 sebulan untuk setiap matapelajaran

P4-P6

$12 sebulan untuk setiap matapelajaran

7

Untuk pelajar-pelajar MTS 2010, borang pendaftaran bagi kelas 2011 akan hanya diproses setelah yuran penuh MTS 2010 dilunaskan.

 

PENARIKAN DIRI

Ibu bapa / Waris harus menulis kepada Unit Program Pendidikan, Yayasan MENDAKI sebelum 15 Januari 2011, hari pertama tuisyen bermula. Anda juga boleh berhubung dengan kami melalui emel di mts@mendaki.org.sg

Bayaran ganti (refund) akan hanya dibuat sekiranya kami menerima surat penarikan diri pelajar sebelum kelas tuisyen pertama bermula.

PERTUKARAN PUSAT TUISYEN

Permohonan ini tidak digalakkan dan hanya akan dibenarkan jika ada tempat di pusat tuisyen yang diminta.